Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian VII · Peralihan

35. Section 35

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap orang yang sebelum sahaja tarikh ditetapkan diambil kerja sebagai seseorang pegawai atau pengkhidmat Perbadanan hendaklah, atas pilihanya, ditukarkan pada tarikh itu daripada perkhidmatan Perbadanan kepada perkhidmatan Lembaga atas apaapa terma dan syarat perkhidmatan yang dipersetujui.

(2)

Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menjejas hak Lembaga menamatkan pekerjaan mana-mana pegawai atau pengkhidmat yang ditukarkan kepada perkhidmatan Lembaga, atau mengubah kadar gajinya atau terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatannya, menurut cara dan setakat yang boleh dilakukan oleh Perbadanan jika dia terus berkhidmat dengan Perbadanan.

Report