Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian V · Kuasa Lain Lembaga
32. Kuasa untuk meminjam
Feedback & supportLembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri
Kewangan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma mengenai masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya.