Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
93. Pemansuhan dan pembubaran
Feedback & supportAkta Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973
[Akta 111] (“Akta dimansuhkan”) dimansuhkan dan Lembaga
Tembakau Negara (“Lembaga dibubarkan”) dibubarkan.
Semua peraturan, kaedah, arahan dan perintah yang dibuat atau mempunyai kuat kuasa di bawah undang-undang yang dimansuhkan oleh seksyen ini dan berkuat kuasa atau mempunyai kuat kuasa pada tarikh ditetapkan hendaklah, tanpa menjejaskan kuasa Menteri untuk meminda, membatalkan atau menarik balik peraturan, kaedah, arahan atau perintah dan tertakluk kepada pengubahsuaian yang perlu untuk menjadikan peraturan, kaedah, arahan dan perintah itu supaya selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kuat kuasa seolah-olah ia telah dibuat di bawah Akta ini, sehingga selainnya diperuntukkan di bawah Akta ini.