Seksyen 80
of Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009
Seksyen 80
Bagi maksud mencegah berlakunya atau merebaknya penyakit yang memberi kesan kepada kenaf atau tembakau,
Lembaga boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan tempoh tertentu sebagai musim tutup bagi penanaman kenaf atau penanaman dan pengawetan tembakau bagi kawasan yang tertentu.
(2)
Tiada seorang pun boleh, dalam sesuatu musim tutup—
(a)
menanam kenaf atau tembakau;
(b)
membenarkan kenaf atau tembakau yang ditanam olehnya atau untuknya, atau di atas tanah yang dipunyai atau didudukinya, untuk terus tumbuh; atau
Undang-Undang Malaysia 62
Akta 692
(c)
menjalankan, mengambil bahagian, membenarkan, menyebabkan, membiarkan, atau mendapatkan mana-mana orang untuk menjalankan, mengambil bahagian, dalam apa-apa aktiviti yang menjadi sebahagian daripada atau yang bersampingan dengan proses kenaf atau pengawetan tembakau.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.