Skip to content

Seksyen 31

of Akta Lembaga Letrik Sabah 1983

ActRepealedProvision 31 of 90

Seksyen 31

(1)

Jika seorang pengguna menggunakan apa-apa bentuk lampu atau kelengkapan pengguna tenaga yang lain atau menggunakan tenaga yang dibekalkan kepadanya oleh Lembaga dengan sedemikian cara hingga mengganggu dengan tak wajar atau tak patut kelicinan bekalan tenaga kepada mana-mana badan atau orang lain, atau jika dia membuat apa-apa pengubahan pada pepasangannya tanpa kebenaran Lembaga terlebih dahulu, atau jika dia tidak memberi kemudahan-kemudahan yang munasabah untuk menjalankan ujian, atau jika kebocoran didapati di premisnya, atau jika dia mengganggui fius utama atau kelengkapan Lembaga, atau jika dia menjual atau melupuskan secara dagangan tenaga elektrik tanpa izin Lembaga, maka apabila disabitkan dia boleh dikenakan denda sebanyak tiga ribu ringgit dan penjara selama enam bulan, dan

Lembaga boleh, jika difikirkannya patut, berhenti membekalkan tenaga kepada premis itu selagi pengguna itu melakukan keingkaran berkenaan dengan mana-mana perkara yang tersebut di atas.

(2)

Jika mana-mana pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa tempatan, syarikat atau orang ingkar membayar apa-apa bayaran elektrik (yang tidak sepatutnya menjadi perkara pertikaian) atau apa-apa jumlah wang lain yang mereka terhutang kepada Lembaga berkenaan dengan bekalan elektrik kepada pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa tempatan, syarikat atau orang itu, maka Lembaga boleh memotong bekalan itu, dan bagi maksud itu boleh memotong atau memutus apa-apa talian bekalan elektrik atau kerja-kerja lain yang melaluinya elektrik boleh dibekalkan, dan boleh, sehingga bayaran itu atau jumlah-jumlah wang lain, berserta apa-apa perbelanjaan yang ditanggung beban oleh Lembaga kerana memotong dan menyambung semula bekalan elektrik itu, dibayar sepenuhnya, tetapi tidak lebih lama, memberhentikan bekalan elektrik kepada pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa tempatan, syarikat atau orang itu:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana syarikat atau orang telah memberi kepada Lembaga deposit sebagai sekuriti bagi pembayaran bekalan tenaga elektrik, Lembaga tidaklah berhak memberhentikan bekalan itu sehingga jumlah wang yang terhutang kepadanya bagi bekalan itu adalah menyamai jumlah wang yang di-depositkan sedemikian sebagai sekuriti dan setelah pembayaran dituntut.