Seksyen 38
of Akta Lembaga Letrik Sabah 1983
Seksyen 38
Semua talian elektrik, meter, akumulator, pasangan, kerja dan kelengkapan yang disewakan oleh Lembaga atau kepunyaannya, tetapi berada di dalam atau di atas premis yang bukan milikan Lembaga hendaklah, sama ada segalanya itu dipasang atau dilekatkan pada mana-mana bahagian mana-mana premis di dalam atau di atas mana segalanya itu mungkin terletak, atau pada tanah di bahagian bawah mana-mana premis itu, pada setiap masa terus menjadi harta Lembaga dan boleh dialihkan oleh Lembaga, dan seksyen 36 dan 37 hendaklah diperluaskan dan dipakai kepada semua talian elektrik, meter, akumulator, pasangan, kerja dan kelengkapan itu:
Dengan syarat bahawa talian elektrik, meter, akumulator, pasangan, kerja dan kelengkapan itu terdapat padanya masing-masing satu plat logam pengecam yang dilekatkan pada bahagian yang mudah kelihatan, atau satu jenama pengecam atau tanda-tanda lain yang ditekankan atau dibuat atasnya dengan ketara, yang memadai dapat menunjukkan Lembaga sebagai pemunya sebenar bagi segala-galanya itu.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, talian elektrik, meter, akumulator, pasangan, kerja dan kelengkapan yang dilupuskan oleh Lembaga dengan bayaran dibuat secara beransur-ansur hendaklah, sehingga kesemua ansuran itu telah dibayar, disifatkan sebagai talian elektrik, meter, akumulator, pasangan, kerja dan kelengkapan yang disewakan oleh Lembaga.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan amaun taksiran perkadaran mana-mana premis yang padanya dipasangkan atau sedia terpasang apa-apa talian elektrik, meter, akumulator, pasangan, kerja dan kelengkapan.