Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian V

35. Section 35

Feedback & support
(1)

Jika mana-mana orang dibekalkan dengan elektrik atau dengan apa-apa meter elektrik atau pasangan oleh Lembaga mengabai untuk membayar kepada Lembaga sewa yang kena dibayar bagi elektrik itu, atau sewa atau wang yang kena dibayar kepada

Lembaga kerana menyewa atau memasang meter itu, atau apa-apa perbelanjaan yang ditanggung beban dengan sahnya untuk memotong elektrik dari premis orang itu, atau kadar yang kena dibayar bagi penyambungan talian perkhidmatan ke sesalur agihan, atau apa-apa jumlah wang lain yang kena dibayar berkaitan dengan bekalan tenaga, maka Lembaga boleh mendapatkan balik jumlah wang yang kena dibayar sedemikian itu dengan cara yang sama seperti penalti di bawah Akta ini.

(2)

Bila-bila masa seseorang mengabai untuk membayar apa-apa sewa atau jumlah wang yang genap masa dan kena dibayar olehnya kepada Lembaga, Lembaga boleh mendapatkan balik sewa atau jumlah wang itu dalam mana-mana mahkamah berbidangkuasa kompeten, dan remedi Lembaga di bawah Akta ini adalah selain dari remedinya yang lain bagi mendapatkan balik sewa atau jumlah wang itu.

Report

Bahagian VI

Peruntukan Kewangan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemindahan Pengusahaan, Dsb., Pertubuhan Perbadanan Kepada Lembaga

Bahagian IX

Bahagian X