Seksyen 12
Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga
of Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011
Lembaga boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya kepada Pengerusi atau mana-mana anggota lain atau kepada mana-mana pegawai Lembaga, selain untuk membuat perundangan subsidiari, kuasa untuk meminjam wang dan kuasa yang berhubung dengan hal-hal pentadbiran dan operasi Lembaga.
(2)
Orang yang diwakilkan dengan kuasa sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Lembaga.
(3)
Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan atau dijalankan atas nama dan bagi pihak Lembaga.
(4)
Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang
Lembaga daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.