Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 · Updated to 15 Jun 2015 · Bahagian II · Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
8. Pengosongan jawatan
Feedback & supportJawatan seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(a) atau (d) hendaklah menjadi kosong jika—
dia meninggal dunia;
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 724
sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
dia menjadi bankrap;
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau dalam hal
Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;
peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.