National Land Rehabilitation and Consolidation Authority (Succession and Dissolution) Act 1997 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Peletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengganti
4. Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti
Feedback & supportSebagai akibat peletakhakan harta, hak dan liabiliti pada syarikat pengganti di bawah seksyen 3, syarikat pengganti itu hendaklah menerbitkan apa-apa sekuriti syarikat itu sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa—
kepada Perbadanan; atau
kepada mana-mana orang yang berhak kepada penerbitan sekuriti itu berikutan dengan penguntukan permulaan sekuriti itu kepada Perbadanan.
Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah—
diterbitkan atau diuntukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri
Kewangan;
mempunyai nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri Kewangan;
diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 965 [Akta 125] seolah-olah ia telah dibayar oleh sebab pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengganti.
Menteri Kewangan boleh melupuskan mana-mana sekuriti yang diterbitkan atau mana-mana hak mengenai sekuriti yang diuntukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini.
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusan atau selainnya berkaitan dengan, mana-mana sekuriti atau hak yang diperoleh menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
10 Undang-undang Malaysia AKTA 570