Skip to content

Seksyen 6

Penjalanan fungsi Menteri Kewangan melalui penama

of Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Penggantian dan Pembubaran) 1997

ActIn forceProvision 6 of 11
Seksyen 6
(1)

Menteri Kewangan boleh melantik mana-mana orang difikirkannya layak untuk bertindak sebagai penamanya bagi maksud seksyen 4 atau 5 dan—

(a)

sekuriti syarikat pengganti boleh diserahhakkan di bawah seksyen 4 kepada mana-mana penama Menteri Kewangan yang dilantik bagi maksud seksyen itu atau kepada mana-mana orang yang berhak kepada penerbitan sekuriti itu berikutan dengan penguntukan permulaan sekuriti itu kepada mana-mana penama itu; dan

(b)

mana-mana penama itu yang dilantik bagi maksud seksyen 5 boleh memperoleh sekuriti atau hak mengikut seksyen itu.

(2)

Mana-mana orang yang memegang mana-mana sekuriti atau hak sebagai penama Menteri Kewangan menurut kuasa subseksyen

(1)

hendaklah memegang dan menguruskannya atas apa-apa terma dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri

Kewangan.