Malaysia Tourism Promotion Board Act 1992 · Updated to 1 Apr 2013 · Bahagian III · Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan Pegawai Serta Pekhidmat Lain
13. Peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib
Feedback & supportLembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi—
penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain;
atau
penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti keputusan prosiding tatatertib.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib,
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
memberikan peluang kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil membuat representasi sebelum keputusan diambil oleh Lembaga atas pertuduhan tatatertib terhadap orang itu.