Malaysia Tourism Promotion Board Act 1992 · Updated to 1 Apr 2013 · Bahagian VI
23. Obligasi menyimpan rahsia
Feedback & support(1)
Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pegawai atau pekhidmat
Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.