Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2013Read it in English

Bahagian III · Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan Pegawai Serta Pekhidmat Lain

10. Section 10

Feedback & support
(1)

Menteri hendaklah melantik seseorang yang layak dan patut, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 481

ditentukannya, untuk menjadi Ketua Pengarah yang adalah ketua pegawai eksekutif Lembaga.

(2)

Lembaga hendaklah—

(a)

dengan kelulusan Menteri, melantik sekian bilangan

Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah sebagaimana yang difikirkannya sesuai; dan

(b)

melantik pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi perjalanan cekap urusan Lembaga, atas apa-apa terma dan syarat, termasuk saraan, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah, tertakluk kepada arahan Lembaga atas perkara dasar, dipertanggungkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian hal ehwal Lembaga.

(4)

Ketua

Pengarah hendaklah bertanggungjawab kepada

Pengerusi yang bertindak bagi pihak Lembaga.

(5)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am ke atas Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan pegawai serta pekhidmat lain Lembaga.

(6)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, meletak hak pada

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah apa-apa kuasa dan mempertanggungkan ke atas mereka apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Lembaga.

(7)

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

(8)

Jika Ketua Pengarah tidak ada buat sementara dalam Malaysia atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya,

Lembaga boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pengarah dalam masa Ketua

Pengarah tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 15

Hilang kelayakan untuk dilantik

Report

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Kuasa Lain Lembaga

Bahagian VI

Bahagian VII

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

Schedules