Malaysia Tourism Promotion Board Act 1992 · Updated to 1 Apr 2013 · Bahagian IV · Kewangan
14. Kumpulan Wang
Feedback & supportMaka adalah dengan ini ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh
Lembaga.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;
apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada pinjaman yang diberikan oleh
Lembaga;
wang yang didapati daripada penjalanan apa-apa projek, skim atau pengusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
wang yang didapati atau yang terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau terletak hak pada,
Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya.
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 17