Malaysia Tourism Promotion Board Act 1992 · Updated to 1 Apr 2013 · Bahagian VI
24. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportLembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—
menetapkan cara bagaimana apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara akan ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;
menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga;
mengenakan fi dalam hal yang ditentukan oleh Lembaga;
mengadakan peruntukan pada amnya mengenai pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah peruntukan Akta ini.
Peraturan-peraturan di bawah seksyen ini—
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 21
boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesalahan; dan
boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi kesalahan itu, dan penalti itu tidak boleh melebihi lima ribu ringgit atau satu tahun pemenjaraan atau kedua-duanya.