Skip to content

Seksyen 63

of Akta Levi Pelepasan 2019

ActIn forceProvision 65 of 66

Seksyen 63

(1)

Walau apa pun seksyen 13, mana-mana orang dan mana-mana ejen pengendali asing yang mengendalikan apa-apa kenderaan membawa mana-mana orang meninggalkan Malaysia sebelum tarikh efektif dan perkhidmatan itu adalah tertakluk pada levi pelepasan hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan dalam masa tiga puluh hari sebelum tarikh efektif, mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen 13.

(2)

Ketua Pengarah boleh mendaftarkan orang yang disebut dalam subseksyen (1) pada atau selepas tarikh efektif.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.