Skip to content

Seksyen 61

Pelantikan penerima hendaklah diberitahu kepada Ketua Pengarah

of Akta Levi Pelepasan 2019

ActIn forceProvision 61 of 66
Seksyen 61
(1)

Jika seseorang penerima dilantik bagi harta seseorang orang berdaftar, penerima itu hendaklah memberikan notis mengenai pelantikan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari selepas pelantikan itu dibuat, dan hendaklah sebelum melupuskan mana-mana aset orang berdaftar itu mengetepikan apa-apa jumlah wang daripada aset sebagaimana yang didapati oleh Ketua Pengarah sebagai mencukupi untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa levi pelepasan yang atau yang akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar oleh orang berdaftar itu sebelum pelantikan penerima, dan hendaklah membayar levi pelepasan itu.

(2)

Mana-mana orang yang dilantik sebagai penerima yang tidak memberikan notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1) atau tidak mengadakan peruntukan bagi pembayaran levi pelepasan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen itu hendaklah bertanggungan sendiri bagi apa-apa levi pelepasan yang atau yang akan menjadi genap masa dan kena dibayar sebagaimana yang disebut terdahulu.

(3)

Mana-mana penerima yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 813

(4)

Jika dua atau lebih orang dilantik sebagai penerima, obligasi dan tanggungan yang dikenakan kepada penerima di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan kepada semua orang itu secara bersesama dan berasingan, tertakluk pada suatu hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.