Akta Levi Pelepasan 2019 · Updated to 30 Dec 2023 · Bahagian X · Pelbagai
62. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan—
semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran orang berdaftar;
semua perkara yang berhubungan dengan pengemukaan penyata;
semua perkara yang berhubungan dengan pembayaran levi pelepasan;
semua perkara yang berhubungan dengan pembayaran balik dan peremitan levi pelepasan atau penalti;
semua perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan elektronik;
semua perkara yang berhubungan dengan pejabat bagi pentadbiran levi pelepasan itu;
semua borang yang ditetapkan bagi maksud Akta ini; atau
apa-apa perkara lain yang dikehendaki di bawah Akta ini untuk ditetapkan.
Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan suatu tindakan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan
Levi Pelepasan 47
hukuman denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.