Seksyen 10
of Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952
Seksyen 10
Seseorang ahli tidaklah boleh, dalam atau di hadapan
Majlis atau mana-mana jawatankuasa, mengambil bahagian dalam perbincangan apa-apa perkara yang mana dia mempunyai kepentingan wang secara langsung tanpa mendedahkan takat kepentingan itu dan tidaklah boleh dalam apa-apa hal keadaan mengundi atas apa-apa perkara sedemikian.
(2)
Mana-mana ahli yang bertindak berlawanan dengan seksyen ini boleh dihukum bersalah kerana menghina oleh Majlis, dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan dalam Akta ini kerana menghina sedemikian.
(3)
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa undi atau perbincangan mengenai apa-apa saraan atau elaun yang akan diterima oleh ahli-ahli atas sifat mereka sebagai ahli, atau bagi apa-apa kepentingan yang dipunyai oleh seseorang ahli dalam apa-apa
Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 11
perkara yang sama dengan orang ramai pada amnya, atau dengan mana-mana golongan atau bahagian daripadanya.