Seksyen 24
Jurnal Majlis boleh diterima sebagai keterangan
of Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952
ActIn forceProvision 24 of 34
Seksyen 24
Dalam apa-apa siasatan yang menyentuh keistimewaan, kekebalan, dan kuasa Majlis atau mana-mana ahli, apa-apa naskhah jurnal yang dicetak atau berupa sebagai dicetak oleh Pencetak
Kerajaan, atau dengan atau di bawah kuasa Majlis, hendaklah diterima sebagai keterangan bagi jurnal itu dalam semua mahkamah dan tempat tanpa diberikan apa-apa bukti bahawa naskhah itu telah dicetak sedemikian.
Penalti kerana mencetak naskhah palsu undang-undang, laporan, dll.