Seksyen 9
Kuasa Majlis untuk menghukum kerana menghina Majlis
of Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952
Majlis boleh, untuk atau berkenaan dengan mana-mana kesalahan yang disebut kemudian daripada ini, sama ada yang dilakukan oleh seseorang ahli atau oleh mana-mana orang lain, menghukum secara terus kerana menghina dengan denda tidak melebihi satu ribu ringgit sebagaimana yang diperuntukkan oleh peraturan-peraturan mesyuarat
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 347
atau oleh Akta ini; dan jika apa-apa denda yang dikenakan itu tidak dibayar dengan serta-merta pesalah itu hendaklah diletakkan dalam jagaan penjaga mana-mana penjara atau seorang pegawai Majlis di suatu tempat sebagaimana yang diarahkan sehingga bayaran dibuat atau sehingga Majlis dibubarkan atau diprorogkan, mengikut mana yang terdahulu.
Kesalahan tersebut ialah―
(a)
tidak mematuhi apa-apa perintah untuk hadir atau untuk mengemukakan kertas, buku, rekod, atau dokumen yang dibuat oleh Majlis atau mana-mana jawatankuasa yang diberi kuasa sewajarnya bagi maksud itu, melainkan kehadiran atau pengemukaan itu dikecualikan, sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 19 Akta ini;
(b)
enggan untuk diperiksa atau menjawab apa-apa soalan yang sah dan relevan yang dikemukakan oleh Majlis atau mana-mana jawatankuasa sedemikian, melainkan keengganan itu dikecualikan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 19 Akta ini;
(c)
kegagalan atau keengganan yang sengaja untuk mematuhi apa-apa perintah yang sah bagi Majlis itu, yang oleh kerananya Majlis akan atau mungkin akan menjadi terhalang atau tergendala;
(d)
penawaran kepada atau penyetujuterimaan oleh seseorang ahli atau pegawai akan sesuatu sogokan untuk mempengaruhinya dalam kelakuannya sebagai ahli atau pegawai, atau penawaran kepada atau penyetujuterimaan oleh mana-mana ahli atau pegawai akan apa-apa fi, pampasan, alang atau hadiah untuk atau berkenaan dengan penyokongan atau pembangkangan terhadap mana-mana rang undang-undang, ketetapan, perkara, kaedah, atau benda yang dikemukakan atau dicadang untuk dikemukakan kepada
Majlis atau mana-mana jawatankuasa;
Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 9
(e)
mengamang, menghalang, atau mencela mana-mana ahli yang datang ke Majlis atau meninggalkan Majlis atau kerana kelakuannya dalam Majlis, atau berusaha memaksa mana-mana ahli dengan kekerasan, celaan, atau ancaman untuk menyatakan dirinya menyokong atau menentang apa-apa cadangan atau perkara yang belum selesai di hadapan, atau dijangkakan akan dibawa ke hadapan,
Majlis;
(f)
mengamang, mengganggu atau menentang seseorang pegawai Majlis semasa dia menjalankan tugasnya;
(g)
menghantar kepada seseorang ahli apa-apa surat ugutan atau mencabar seseorang ahli untuk berlawan kerana kelakuannya dalam Majlis;
(h)
membuat atau menyertai apa-apa kekacauan dalam Majlis atau berhampiran dengan Majlis, yang apa-apa prosiding
Majlis akan atau mungkin akan terganggu;
(i)
menyogok, mencegah, mengugut, mengabui, atau dengan apa-apa jua cara mempengaruhi dengan tidak sewajarnya mana-mana saksi tentang keterangan yang akan diberikan olehnya di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa;
(j)
mengemukakan kepada Majlis atau kepada mana-mana jawatankuasa apa-apa dokumen palsu, tidak benar, direka palsu atau dipalsukan dengan niat untuk memperdayakan
Majlis atau mana-mana jawatankuasa;
(k)
berdalih atau salah laku lain sebagai saksi di hadapan
Majlis atau mana-mana jawatankuasa;
(l)
menyiarkan apa-apa libel palsu atau libel bersifat skandal terhadap mana-mana ahli yang menyentuh kelakuannya sebagai ahli;
(m)
menyiarkan apa-apa Laporan sesuatu Jawatankuasa Majlis atau apa-apa keterangan yang diberikan atau apa-apa dokumen yang dikemukakan kepada Jawatankuasa itu
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 347
atau cabutan daripada dokumen sedemikian, sebelum
Jawatankuasa itu mengemukakan Laporannya kepada
Majlis;
(n)
menyiarkan apa-apa laporan atau pernyataan yang berupa sebagai suatu laporan prosiding Majlis dalam apa-apa hal—
(i)
jika prosiding itu telah dijalankan setelah ditutup kepada orang ramai dengan perintah Majlis; atau
(ii)
bila penyiaran itu telah dilarang dengan nyatanya dengan perintah Majlis; atau
(iii)
bila laporan atau pernyataan itu berupa atau mengandungi sesuatu salah nyataan sengaja mengenai prosiding Majlis atau ucapan mana-mana ahlinya atau secara lainnya tidak dibuat atau disiarkan dengan suci hati.
Tiada ahli boleh mengundi mengenai perkara yang mana dia mempunyai kepentingan wang secara langsung