Seksyen 11
Kuasa Yang Dipertua mengeluarkan waran untuk pemberkasan dan pemenjaraan
of Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952
ActIn forceProvision 11 of 34
Seksyen 11
Bagi maksud menghukum mana-mana penghinaan yang disebut dalam Akta ini, Yang Dipertua adalah dengan ini diberi kuasa, atas ketetapan maksud itu bagi pihak Majlis, mengeluarkan waran di bawah tandatangannya untuk memberkas dan memenjarakan mana-mana orang yang dihukum penjara atau yang dihukum membayar denda tetapi tidak membayarnya.