National Wages Consultative Council Act 2011 · Updated to 1 Aug 2015 · Bahagian II · Majlis Perundingan Gaji Negara
13. Tatacara mesyuarat
Feedback & supportPengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat
Majlis dan—
sekiranya Pengerusi tidak ada pada mana-mana mesyuarat Majlis kerana apa-apa sebab, Timbalan
Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu;
atau
sekiranya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak ada pada mana-mana mesyuarat Majlis kerana apa-apa sebab, mana-mana anggota Majlis yang lain yang dilantik oleh Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
Kuorum Majlis hendaklah dua pertiga daripada anggota
Majlis, termasuk Pengerusi.
Tiap-tiap anggota Majlis yang hadir pada mesyuarat Majlis berhak mendapat satu undi.
Jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi,
Timbalan Pengerusi atau mana-mana anggota Majlis yang mempengerusikan mesyuarat Majlis di bawah subseksyen (1)
hendaklah mempunyai undi pemutus.