Seksyen 14
Minit
of Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011
(1)
Majlis hendaklah menyebabkan supaya minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(2)
Apa-apa minit yang dibuat tentang sesuatu mesyuarat Majlis hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 732
(3)
Tiap-tiap mesyuarat
Majlis yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat mengikut subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.