Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2015Read it in English

Bahagian II · Majlis Perundingan Gaji Negara

5. Keanggotaan Majlis

Feedback & support
(1)

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta:

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

seorang Timbalan Pengerusi;

(c)

seorang Setiausaha;

(d)

sekurang-kurangnya 5 anggota daripada kalangan pegawai awam;

(e)

sekurang-kurangnya 5 anggota yang mewakili pekerja;

(f)

sekurang-kurangnya 5 anggota yang mewakili majikan;

dan

(g)

sekurang-kurangnya 5 anggota lain.

(2)

Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Majlis yang disebut dalam perenggan (1)(g) hendaklah dilantik daripada kalangan orang—

(a)

yang bukan pegawai awam, majikan atau anggota mana-mana kesatuan sekerja; dan

(b)

yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam perkara yang berhubungan dengan buruh dan perhubungan perusahaan.

(3)

Setiausaha yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) hendaklah seorang pegawai awam.

(4)

Anggota Majlis yang disebut dalam perenggan 1(c) dan (d)

hendaklah dilantik menurut jawatan.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 732

(5)

Bilangan anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan

(1)

(e)

hendaklah sama dengan bilangan anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (1)(f) pada satu-satu masa.

(6)

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang tidak melebihi dua puluh sembilan orang pada satu-satu masa.

Report

Bahagian III

Perintah Gaji Minimum

Bahagian IV

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian V

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VI