Seksyen 23
Perintah gaji minimum
of Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011
ActIn forceProvision 23 of 61
Seksyen 23
(1)
Jika Kerajaan bersetuju dengan syor Majlis di bawah perenggan 22(2)(a) atau 22(4)(a) atau menentukan perkara-perkara di bawah perenggan 22(4)(b),
Menteri hendaklah, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat perintah gaji minimum tentang perkara-perkara yang dinyatakan dalam perenggan 22(1)(a)
hingga (e) sebagaimana yang dipersetujui atau ditentukan oleh
Kerajaan.
(2)
Menteri boleh, apabila diarahkan oleh Kerajaan, melalui pemberitahuan dalam Warta, meminda atau membatalkan perintah gaji minimum.