Skip to content

Seksyen 25

Majlis hendaklah mengkaji semula perintah gaji minimum

of Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011

ActIn forceProvision 25 of 61
Seksyen 25

(1)

Majlis hendaklah, sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap dua tahun, mengkaji semula perintah gaji minimum.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Majlis boleh, atas persetujuannya sendiri atau apabila diarahkan oleh Kerajaan, mengkaji semula perintah gaji minimum itu.

(3)

Kajian semula yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2)

hendaklah tentang perkara yang dinyatakan dalam perenggan 22(1)(a) hingga (e) dan bagi maksud menilai keberkesanan perintah gaji minimum dan implikasinya ke atas pembangunan sosial dan ekonomi negara.

(4)

Jika Majlis berpuas hati bahawa apa-apa perkara yang dinyatakan dalam perintah gaji minimum perlu dipinda, seksyen 21,

22 dan 23 hendaklah terpakai.