Seksyen 24
Kesan perintah gaji minimum
of Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011
(1)
Bagi maksud seksyen ini, “kontrak perkhidmatan”
termasuk perjanjian kolektif yang dibuat di bawah seksyen 14 Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177].
(2)
Jika kadar gaji pokok yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan adalah lebih rendah daripada kadar gaji minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah gaji minimum, kadar itu hendaklah digantikan dengan apa-apa kadar yang tidak lebih rendah daripada kadar gaji minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah gaji minimum itu.
(3)
Jika kadar gaji pokok yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan adalah lebih tinggi daripada kadar gaji minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah gaji minimum, kadar itu tidak boleh dikurangkan kepada apa-apa kadar yang lebih rendah daripada kadar gaji pokok yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan itu.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghalang majikan dan pekerja daripada bersetuju dengan apa-apa kadar gaji pokok yang lebih tinggi daripada kadar gaji minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah gaji minimum itu.
Majlis Perundingan Gaji Negara 21