Seksyen 54
Obligasi kerahsiaan
of Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011
(1)
Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau sebagaimana yang dibenarkan oleh
Menteri—
(a)
tiada anggota Majlis atau jawatankuasa, atau pegawai
Majlis, semasa dia menjadi pengerusi, anggota atau pegawai, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa menjalankan kewajipannya;
dan
(b)
tiada seorang lain yang, melalui apa-apa cara, mendapat akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal-ehwal
Majlis boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.