Skip to content

Seksyen 59

Kecualian

of Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011

ActIn forceProvision 59 of 61
Seksyen 59

(1)

Apa-apa perintah majlis penetapan gaji yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan oleh perintah gaji minimum yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini.

(2)

Semua kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perintah, notis, borang, arahan dan surat pemberian kuasa yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah, setakat yang kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perintah, notis, borang, arahan dan surat pemberian kuasa itu selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan oleh Akta ini.

(3)

Apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dibuat, diambil atau dimulakan di bawah Akta yang dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah dan mengikut peruntukan Akta yang dimansuhkan.