Skip to content
In forceUpdated to 28 Feb 2020Read it in English

Bahagian III · Kesalahan yang Berhubungan Dengan Mata Wang

19. Sekatan ke atas penggunaan gambar, lukisan atau reka bentuk mata wang dalam penerbitan, dsb

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh, melainkan jika diluluskan oleh

Bank—

(a)

menggunakan apa-apa gambar atau apa-apa lukisan atau reka bentuk yang menyerupai suatu mata wang kertas atau mata wang syiling atau mana-mana bahagian daripadanya, dalam apa-apa penerbitan dalam apa-apa saiz, skala atau warna; atau

Mata Wang 17

(b)

mengimport, membuat, menjual, mengedar atau selainnya mengagih apa-apa dagangan atau produk yang mengandungi suatu gambar, lukisan atau reka bentuk yang menyerupai suatu mata wang kertas atau mata wang syiling atau mana-mana bahagian daripadanya dalam apa-apa saiz, skala atau warna.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Report

Bahagian IV

Perniagaan Pemprosesan Mata Wang

Bahagian V

Penguatkuasaan

Bahagian VI

Bahagian VII

Kecualian dan Peralihan

Schedules