Skip to content

Seksyen 21

Had transaksi tunai

of Akta Mata Wang 2020

ActIn forceProvision 21 of 70
Seksyen 21
(1)

Tiada seorang pun boleh, dalam satu transaksi tunggal, membuat atau menerima apa-apa pembayaran menggunakan mata wang kertas, mata wang syiling atau kombinasinya yang melebihi nilai agregat maksimum yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 827

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

nilai agregat maksimum yang berlainan boleh diperuntukkan bagi tujuan, golongan orang, aktiviti, perniagaan atau profesion yang berlainan; dan

(b)

suatu siri transaksi hendaklah dianggap sebagai satu transaksi tunggal jika transaksi itu dibuat dengan orang yang sama, untuk tujuan yang sama dan dalam hari yang sama.

(3)

Tiada seorang pun boleh mengusahakan atau merangka, atau membantu atau mengambil bahagian dalam penstrukturan, apa-apa transaksi dengan niat untuk mengelak daripada pemakaian subseksyen (1).

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga kali ganda jumlah atau nilai agregat transaksi itu pada masa kesalahan itu dilakukan.

Ketidakpakaian seksyen 21