Skip to content
In forceUpdated to 28 Feb 2020Read it in English

Bahagian III · Kesalahan yang Berhubungan Dengan Mata Wang

20. Larangan melebur mata wang syiling

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh, dengan niat untuk mendapatkan keuntungan, melebur apa-apa mata wang syiling melainkan jika diberi kuasa oleh Bank.

(2)

Bank boleh, dalam memberi apa-apa kuasa di bawah subseksyen (1), mengenakan apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan patut oleh Bank.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal seorang orang sebenar, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; atau

(b)

dalam hal suatu pertubuhan, yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Report

Bahagian IV

Perniagaan Pemprosesan Mata Wang

Bahagian V

Penguatkuasaan

Bahagian VI

Bahagian VII

Kecualian dan Peralihan

Schedules