Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English

Bahagian II · Perkahwinan Monogami

7. Kesalahan

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang telah berkahwin dengan sah di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman dan dianya dalam masa berterusnya perkahwinan itu berbuat sesuatu yang berupa sebagai berkahwin di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman bersalahan dengan seksyen 5, dia hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan berkahwin lagi dalam masa hayat suami atau isteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut pengertian seksyen 494 Kanun Keseksaan [Akta 574].

(2)

Di mana suatu kesalahan di bawah seksyen 494

Kanun Keseksaan dilakukan menurut subseksyen (1) oleh mana-mana orang di mana-mana tempat di luar Malaysia tindakan boleh diambil terhadapnya berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di Malaysia di mana dia dijumpai atau di mana dia mungkin dibawa masuk akibat daripada

16

Undang-Undang Malaysia mana-mana prosiding bagi ekstradisinya ke Malaysia dari mana-mana tempat di luar Malaysia:

Dengan syarat bahawa apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang di bawah subseksyen ini yang akan menghalang prosiding kemudiannya terhadap orang itu untuk kesalahan yang sama kerana kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia hendaklah menjadi penghalang kepada prosiding lanjut terhadap orang itu di bawah

*Ordinan Ekstradisi 1958 [Ord. 2/1958] atau *Akta Penjenayah

Fugitif Komanwel 1967 [Akta 54/1967], berkenaan dengan kesalahan yang sama di luar Malaysia.

Report

Bahagian III

Perkahwinan

Bahagian IV

Bahagian V

Penalti dan Peruntukan Pelbagai Berhubungan Dengan Pengupacaraan dan

Bahagian VI

Perceraian

Bahagian VII

Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan

Bahagian VIII

Perlindungan bagi Anak

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules