Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 · Updated to 15 Dec 2018 · Bahagian VII · Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan
76. Section 76
Feedback & supportIn plain English
On divorce or judicial separation, the court may divide assets jointly acquired during the marriage. It weighs each spouse's contributions, including home and family care. It also weighs joint debts, minor children's needs and the marriage's length. It then leans towards equal division. Assets owned beforehand count if substantially improved during the marriage by the other spouse or jointly.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa, apabila memberi sesuatu dekri perceraian atau perpisahan kehakiman, memerintahkan
60
Undang-Undang Malaysia pembahagian antara pihak-pihak itu apa-apa aset yang diperoleh oleh mereka semasa perkahwinan itu atau memerintahkan penjualan mana-mana aset itu dan pembahagian hasil jualan itu antara pihak-pihak itu.
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), mahkamah hendaklah mengambil perhatian—
tentang setakat mana sumbangan telah diberikan oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja terhadap pemerolehan aset itu atau pembayaran perbelanjaan untuk faedah keluarga;
takat sumbangan yang diberikan oleh pihak lain yang tidak memperoleh aset itu untuk kebajikan keluarga dengan menjaga rumah tangga atau memelihara keluarga;
tentang apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi faedah bersama mereka;
tentang keperluan anak-anak belum dewasa, jika ada, dari perkahwinan itu;
tempoh perkahwinan itu, dan tertakluk pada pertimbangan itu, mahkamah hendaklah cenderung kepada pembahagian yang sama rata.
(Dipotong oleh Akta A1546).
(Dipotong oleh Akta A1546).
Bagi maksud seksyen ini rujukan mengenai aset yang diperoleh semasa perkahwinan termasuklah aset yang dipunyai sebelum perkahwinan itu oleh satu pihak, yang telah banyak ditambah baiki semasa perkahwinan itu oleh pihak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersama mereka.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 61
Nafkah suami atau isteri