Act of Parliament · Updated to 15 Dec 2018 · 9 parts
Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976
Feedback & supportMonogamous marriages, their registration, and the law on divorceIn plain English
Not legal adviceThis Act provides for monogamous marriages and for how they are carried out and registered. It also amends and brings together the law on divorce. Generally, it applies to all persons in Malaysia and to persons domiciled in Malaysia who live outside Malaysia. It does not apply to Muslims or to anyone married under Islamic law. It also leaves out natives of Sabah or Sarawak and aborigines of Peninsular Malaysia whose marriage and divorce follow native customary law or aboriginal custom, with some exceptions.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
People often ask
Bahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Membaharui Undang-Undang
(Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta, dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi **Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
*CATATAN―Akta ini adalah terpakai bagi
Wilayah
Persekutuan
Labuan melalui
Perintah Pengubahsuaian No. P.U. (A) 195/1985.
**CATATAN—Semua rujukan kepada “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagaimana rujukan kepada “Semenanjung Malaysia”–lihat subseksyen 5(2) Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996].
10
Undang-Undang Malaysia
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anak dari perkahwinan” ertinya seseorang anak kepada kedua-dua pihak kepada perkahwinan yang berkenaan atau seseorang anak kepada satu pihak kepada perkahwinan itu, yang diterima sebagai seorang ahli keluarga oleh pihak yang satu lagi itu; dan “anak” dalam konteks ini termasuklah seseorang anak tidak sah taraf kepada salah satu pihak kepada perkahwinan itu dan seseorang anak yang diambil sebagai anak angkat oleh salah satu pihak tersebut menurut perintah pengambilan anak angkat yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkaitan dengan pengambilan anak angkat;
“anak negeri” berhubungan dengan Sabah dan Sarawak, mempunyai erti yang sama dengan yang diberi kepadanya dalam Fasal (6)
Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan;
“daerah perkahwinan” ertinya sesuatu kawasan yang telah ditentukan sebagai suatu daerah perkahwinan di bawah subseksyen 28(5), atau jika tiada sesuatu kawasan itu telah ditentukan sedemikian dalam sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan, ertinya
Negeri atau Wilayah Persekutuan itu;
“daftar perkahwinan” termasuklah—
sesuatu daftar perkahwinan yang disimpan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pendaftaran perkahwinan sebelum daripada tarikh yang ditetapkan;
daftar perkahwinan yang dibuat di bawah subseksyen 46A(1)
dan seksyen 46B; dan
mikrofilem, komputer dan bentuk rekod lain yang dibuat di bawah subseksyen 46A(2);
“Ketua Menteri”, berhubung dengan—
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 11
Negeri-Negeri Malaysia, ertinya Ketua Menteri atau
Menteri Besar sesuatu Negeri;
Wilayah Persekutuan, ertinya Menteri;
Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul
Malaysia, ertinya Duta, Pesuruhjaya Tinggi atau Konsul
Malaysia masing-masingnya;
“mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seseorang Hakim
Mahkamah Tinggi atau, di mana seseorang Hakim Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa menurut subseksyen (2), ertinya Mahkamah
Sesyen itu atau seseorang Hakim Mahkamah Sesyen Mahkamah itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab atas pendaftaran perkahwinan;
“orang asli” mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam seksyen 3 Akta Orang Asli 1954 [Akta 134];
“orang belum dewasa” ertinya seseorang yang berumur di bawah dua puluh satu tahun dan yang bukan seorang balu atau duda;
“Pendaftar” ertinya seseorang Pendaftar Perkahwinan yang dilantik di bawah Akta ini dan termasuklah Pendaftar Besar, seseorang
Penolong Pendaftar Besar, seseorang Penguasa Pendaftar, seseorang
Timbalan Pendaftar dan seseorang Penolong Pendaftar Perkahwinan;
“Pendaftar Besar” ertinya Pendaftar Besar Perkahwinan dan termasuklah seseorang Timbalan Pendaftar Besar Perkahwinan yang dilantik di bawah Akta ini;
“perkahwinan dengan seorang perempuan lain” ertinya perkahwinan seseorang yang telah berkahwin dengan seorang perempuan lain dalam masa hayat isterinya yang dahulu, sama ada perkahwinan yang kedua itu telah berlaku di Malaysia atau di tempat lain;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
12
Undang-Undang Malaysia
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim
Negara, melalui pemberitahuan dalam Warta, memberi kepada mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen bidang kuasa untuk menguruskan apa-apa perkara di bawah Akta ini.
Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata sebaliknya
Akta ini hendaklah terpakai bagi semua orang di Malaysia dan bagi semua orang yang berdomisil di Malaysia tetapi bermastautin di luar
Malaysia.
Bagi maksud Akta ini, seseorang yang mana adalah seorang warganegara Malaysia hendaklah disifatkan sebagai berdomisil di Malaysia sehingga dibuktikan sebaliknya.
Akta ini tidak terpakai bagi seseorang Islam atau bagi seseorang yang berkahwin di bawah Hukum Syarak dan tiada sesuatu perkahwinan boleh diupacarakan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika salah seorang daripada pihak-pihak kepada perkahwinan itu menganut agama Islam; tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh diertikan sebagai menghalang sesuatu mahkamah daripada mempunyai bidang kuasa eksklusif atas pembubaran sesuatu perkahwinan dan semua perkara yang berbangkit daripada itu termasuklah memberi dekri perceraian atau perintah lain di bawah
Bahagian VII dan Bahagian VIII bagi suatu petisyen perceraian di bawah seksyen 53 yang satu pihak masuk Islam selepas petisyen difailkan atau selepas dekri diisytiharkan, atau suatu petisyen perceraian di bawah seksyen 51, 52 atau 53 bagi petisyen oleh salah satu pihak atau kedua-dua pihak kepada suatu perkahwinan yang satu pihak telah masuk Islam, dan dekri dan perintah yang dibuat itu adalah, walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan, sah terhadap pihak kepada perkahwinan itu yang telah masuk Islam sedemikian itu.
Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 13
Akta ini tidak terpakai bagi seseorang anak negeri Sabah atau
Sarawak atau seseorang orang asli *Semenanjung Malaysia yang perkahwinan dan perceraiannya tertakluk pada undang-undang adat anak negeri atau adat orang asli melainkan jika—
dia memilih untuk berkahwin di bawah Akta ini;
dia berkahwin di bawah Ordinan Perkahwinan Kristian
[Sabah Bab 24]; atau
dia berkahwin di bawah Ordinan Perkahwinan Sivil dan di Gereja [Sarawak Bab 92].
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan yang telah diupacarakan di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman sebelum daripada tarikh yang ditetapkan.
Perkahwinan itu, jika sah di bawah undang-undang, agama, adat atau kelaziman yang di bawahnya perkahwinan itu telah diupacarakan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini.
Tiap-tiap perkahwinan itu, melainkan jika tidak sah di bawah undang-undang, agama, adat atau kelaziman yang di bawahnya perkahwinan itu telah diupacarakan, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan—
dengan kematian salah satu pihak;
dengan perintah sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten; atau
*CATATAN—Semua rujukan kepada “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagaimana rujukan kepada “Semenanjung Malaysia”–lihat subseksyen 5(2) Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996].
14
Undang-Undang Malaysia
dengan suatu dekri pembatalan yang dibuat oleh sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten.
Bahagian II
Perkahwinan Monogami
Bahagian III
Perkahwinan
Bahagian IV
Bahagian V
Penalti dan Peruntukan Pelbagai Berhubungan Dengan Pengupacaraan dan
Bahagian VI
Perceraian
Bahagian VII
Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan
Bahagian VIII
Perlindungan bagi Anak
Bahagian IX