Skip to content
In forceUpdated to 15 Dec 2018Read it in English

Bahagian II · Perkahwinan Monogami

5. Ketidakupayaan untuk berkahwin melainkan di bawah Akta ini

Feedback & support

In plain English

A person lawfully married on the appointed date cannot validly marry anyone else during that marriage. This also covers people who later remarry, and unmarried people who marry after that date. It applies to marriages under any law, religion or custom, in or outside Malaysia. After the appointed date, marriages may only be performed as Part III provides.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

(1)

Jika seseorang yang pada tarikh yang ditetapkan telah berkahwin dengan sahnya di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman dengan seorang atau lebih daripada seorang suami atau isteri dia tidak upaya dalam masa berterusnya perkahwinan atau perkahwinan-perkahwinan itu, berkahwin dengan sah di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman dengan mana-mana orang lain, sama ada perkahwinan yang tersebut kali pertama itu atau sesuatu yang berupa sebagai perkahwinan yang tersebut kali kedua itu dilakukan di Malaysia atau luar Malaysia.

(2)

Jika seseorang yang pada tarikh yang ditetapkan telah berkahwin dengan sahnya di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman dengan seorang atau lebih daripada seorang suami atau isteri dan dia kemudiannya tidak lagi berkahwin dengan suami atau isteri atau semua suami atau isteri itu dan jika dia kemudiannya berkahwin lagi, dia tidak upaya dalam masa berterusnya perkahwinan itu berkahwin dengan sah dengan seseorang lain di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman, sama ada perkahwinan yang tersebut kali kedua itu atau sesuatu yang berupa sebagai perkahwinan yang tersebut kali ketiga itu dilakukan di Malaysia atau luar Malaysia.

(3)

Jika seseorang yang pada tarikh yang ditetapkan belum berkahwin dan selepas tarikh itu dia berkahwin di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman dia tidak upaya dalam masa berterusnya perkahwinan itu berkahwin dengan sah dengan seseorang lain di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman, sama ada perkahwinan yang tersebut kali pertama itu atau sesuatu yang berupa sebagai perkahwinan yang tersebut kali kedua itu dilakukan di Malaysia atau luar Malaysia.

Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 15

(4)

Selepas tarikh yang ditetapkan, tiada perkahwinan di bawah sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman boleh diupacarakan kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam Bahagian III.

Report

Bahagian III

Perkahwinan

Bahagian IV

Bahagian V

Penalti dan Peruntukan Pelbagai Berhubungan Dengan Pengupacaraan dan

Bahagian VI

Perceraian

Bahagian VII

Perkara-Perkara Bersampingan Dengan Prosiding Perkahwinan

Bahagian VIII

Perlindungan bagi Anak

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules