Seksyen 38
of Akta Orang Kurang Upaya 2008
Seksyen 38
Kerajaan hendaklah menyediakan perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial yang perlu termasuk memastikan bahawa kebajikan orang dengan ketidakupayaan teruk tetap tidak terjejas selepas kematian ibu atau bapanya atau pemberi jagaannya bagi membolehkan orang dengan ketidakupayaan teruk itu menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
(2)
Mana-mana pertubuhan bukan kerajaan yang berhasrat untuk menyediakan atau sedang menyediakan jagaan institusi bagi orang dengan ketidakupayaan teruk atau pemberi jagaan bagi orang dengan ketidakupayaan teruk boleh membuat permohonan bagi insentif untuk menyediakan jagaan sedemikian kepada Majlis mengikut apa-apa bentuk dan cara yang ditetapkan.
(3)
Majlis boleh, jika ia berpuas hati bahawa permohonan pertubuhan bukan kerajaan atau pemberi jagaan yang disebut dalam subseksyen (2) patut dipertimbangkan, memberikan apa-apa insentif yang disifatkannya sesuai dengan kelulusan Menteri yang bertanggungjawab bagi kewangan.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 685
Pengertian “orang dengan ketidakupayaan teruk”