Skip to content

Seksyen 40

of Akta Orang Kurang Upaya 2008

ActIn forceProvision 40 of 46

Seksyen 40

(1)

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk mendapat bantuan atas asas kesetaraan dan pengiktirafan dengan orang upaya dalam keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan, termasuk konflik bersenjata dan kejadian bencana alam.

(2)

Kerajaan hendaklah mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan orang kurang upaya mempunyai hak untuk mendapat bantuan dalam keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan melalui mekanisma perundangan dan juga pentadbiran.