Seksyen 26
of Akta Orang Kurang Upaya 2008
Seksyen 26
Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada dan menggunakan kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam yang dibuka atau disediakan kepada orang ramai atas asas kesetaraan dengan orang upaya, tetapi tertakluk kepada kewujudan atau kemunculan apa-apa keadaan yang boleh membahayakan keselamatan orang kurang upaya.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Kerajaan dan penyedia mana-mana kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam hendaklah memberi pertimbangan yang sesuai dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam itu serta penambahbaikan kelengkapan yang berkaitan dengannya menepati reka bentuk sejagat bagi memudahkan akses kepada dan penggunaan oleh orang kurang upaya.