Skip to content

Seksyen 32

Pindaan seksyen 256zp

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015

Amendment ActIn forceProvision 38 of 60
Seksyen 32

Seksyen 256zp Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Menjadi suatu pembelaan kepada pendakwaan atau apa-apa prosiding bagi pelanggaran subseksyen (1) jika dibuktikan bahawa defendan, selepas membuat siasatan yang munasabah dalam hal keadaan itu, mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, dan mempercayai sehingga masa pernyataan atau pemberian maklumat itu atau sehingga penglibatan dalam kelakuan itu, sememangnya mempercayai bahawa—

(a)

pernyataan atau maklumat itu adalah benar dan tidak mengelirukan;

(b)

peninggalan itu tidak material;

(c)

tidak ada peninggalan yang material; atau

(d)

kelakuan yang diperkatakan itu tidak mengelirukan atau memperdayakan.”.

Pindaan seksyen 273