Skip to content

Seksyen 25

Seksyen 220 Akta ibu dipinda—

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015

Amendment ActIn forceProvision 30 of 60
Seksyen 25

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Tindakan oleh Suruhanjaya dalam hal ketidakpatuhan

Kod, garis panduan, arahan, nota amalan dan arahan”;

Undang-Undang Malaysia 32

Akta A1499

(b)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “atau Kod, atau mana-mana arahan yang dibuat di bawah subseksyen 217(4)”

dengan perkataan “, Kod, garis panduan, arahan, nota amalan dan mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya”;

(ii)

dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “Kod” perkataan “, garis panduan, arahan, nota amalan”;

(iii)

dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:

“(d) menghendaki sesuatu bursa saham atau bursa derivatif supaya tidak memberikan akses kepada orang yang mungkir itu, secara langsung atau tidak langsung, untuk menggunakan kemudahan bursa saham atau bursa derivatif itu;”;

(iv)

dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut:

“(da) melarang orang yang mungkir itu daripada mendapat akses, secara langsung atau tidak langsung, kepada pasaran modal;”;

(v)

dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:

“(e) jika orang yang mungkir itu adalah suatu perbadanan yang disenaraikan, menghendaki bursa saham—

(i)

untuk menggantung dagangan dalam sekuriti perbadanan itu;

(ii)

untuk menggantung penyenaraian perbadanan itu; atau

(iii)

untuk mengeluarkan perbadanan itu atau kelas sekuriti perbadanan itu daripada senarai rasmi;”;

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(vi)

dalam perenggan (f), dengan menggantikan perkataan “mengarahkan” dengan perkataan

“menghendaki”;

(vii)

dengan memotong perenggan (g);

(viii)

dalam perenggan (h), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bertitik;

dan

(ix)

dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:

“(i) jika orang yang mungkir itu ialah seorang penasihat, enggan untuk menerima atau menimbang apa-apa pengemukaan yang berhubungan dengan apa-apa perkara di bawah Penggal ini daripada orang itu.”;

(c)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “Kod” perkataan “, garis panduan, arahan, nota amalan”;

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (8) subseksyen yang berikut:

“(8a)  Jika seseorang tidak mematuhi apa-apa arahan yang keluarkan di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya boleh melucutkan orang itu daripada mana-mana perkhidmatan pasaran modal dengan menghendaki orang berlesen, orang berdaftar atau penyedia perkhidmatan pasaran modal untuk tidak bertindak atau terus bertindak bagi orang itu, bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.”; dan

(e)

dalam subseksyen (9)—

(i)

dalam takrif “kemungkiran”, dengan menggantikan perkataan “Bahagian ini atau Kod atau apa-apa arahan yang dibuat di bawah subseksyen 217(4)”

dengan perkataan “Penggal ini, Kod, garis panduan, arahan, nota amalan atau apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya”; dan

Undang-Undang Malaysia 34

Akta A1499

(ii)

dalam takrif “orang yang mungkir”, dengan menggantikan perkataan “Bahagian ini atau Kod atau apa-apa arahan yang dibuat di bawah subseksyen 217(4)” dengan perkataan “Penggal ini, Kod, garis panduan, arahan, nota amalan atau apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya”.

Pindaan seksyen 221