Skip to content

Seksyen 27

Seksyen 222 Akta ibu dipinda—

of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015

Amendment ActIn forceProvision 32 of 57
Seksyen 27

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Jika seorang pembuat tawaran telah—

(a)

membuat suatu tawaran pengambilalihan untuk semua syer atau semua syer dalam mana-mana kelas tertentu penerima tawaran;

dan

(b)

menerima penerimaan tidak kurang daripada sembilan per sepuluh nilai nominal syer yang dibuat tawaran,

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

35

pembuat tawaran boleh, dalam masa empat bulan dari tarikh tawaran pengambilalihan itu, memperoleh baki syer atau baki syer dalam mana-mana kelas tertentu penerima tawaran, dengan mengeluarkan suatu notis mengikut bentuk atau cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya bagi maksud itu, kepada semua pemegang syer menentang, dengan syarat notis itu—

(A)

dikeluarkan dalam masa dua bulan dari tarikh syarat-syarat di bawah perenggan (a) dan (b)

dipenuhi; dan

(B)

disertakan dengan suatu salinan akuan berkanun oleh pembuat tawaran itu bahawa syarat-syarat bagi pemberian notis itu telah dipenuhi.”;

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Bagi maksud perenggan (1)(b), penerimaan itu tidak termasuk syer yang telah dipegang pada tarikh tawaran pengambilalihan oleh pembuat tawaran atau orang yang bertindak bersama-sama.”;

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Jika seseorang pembuat tawaran telah memberikan notis kepada mana-mana pemegang syer menentang di bawah subseksyen (1), pemegang syer menentang itu boleh, atas permintaan secara bertulis, dalam masa satu bulan dari tarikh notis itu, menghendaki pembuat tawaran itu memberikan secara bertulis nama dan alamat semua pemegang syer menentang yang lain sebagaimana yang ditunjukkan dalam daftar anggota, dan pembuat tawaran itu hanya memperoleh syer pemegang syer menentang itu selepas empat belas hari dari nama dan alamat itu diposkan kepada pemegang syer menentang itu.”; dan

(d)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Apabila notis dan akuan berkanun diberikan di bawah subseksyen (1), pembuat tawaran hendaklah mengikut subseksyen (7) memperoleh syer itu atas

Undang-Undang Malaysia 36

Akta A1499

terma tawaran pengambilalihan itu atau, jika tawaran pengambilalihan itu mengandungi dua atau lebih set terma alternatif, atas terma yang dinyatakan dalam tawaran pengambilalihan itu sebagaimana yang terpakai bagi pemegang syer menentang itu.”.