Amendment Act · As enacted · 1 part
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015
Feedback & supportAmends the Capital Markets and Services Act 2007Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan (Pindaan) 2015.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa—
peruntukan yang berlainan Akta ini; atau
semua atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini berkenaan dengan kelas atau kategori orang atau produk pasaran modal yang berlainan, termasuk produk pasaran modal Islam.
Undang-Undang Malaysia 4
s 2Pindaan am
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda—
dengan menggantikan perkataan “Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Akta
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993”; dan
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “pihak berkuasa menyelia” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pihak berkuasa penyeliaan”.
s 3Pindaan seksyen 2
Subseksyen 2(1) Akta ibu dipinda—
dalam takrif “bank berlesen”, dengan menggantikan perkataan
“Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989
[Akta 372]” dengan perkataan “Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758]”;
dalam takrif “Bank Negara”, dengan menggantikan perkataan “Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]”
dengan perkataan “Akta Bank Negara Malaysia 2009
[Akta 701]”;
dalam takrif “Majlis Penasihat Syariah”, dengan menggantikan perkataan “seksyen 316a” dengan perkataan “Akta
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498]”;
dengan memasukkan selepas takrif “pasaran derivatif terkecuali” takrif yang berikut:
‘ “pasaran diiktiraf” ertinya suatu pasaran saham atau pasaran derivatif yang dikendalikan atau disenggarakan oleh pengendali yang didaftarkan di bawah seksyen 34;’;
dengan menggantikan takrif “pegawai” dengan takrif yang berikut:
‘ “pegawai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993;’;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
dalam takrif “Pengerusi”, dengan menggantikan perkataan
“perenggan 4(1)(a)” dengan perkataan “perenggan 4(2)(a)”;
dengan memasukkan selepas takrif “pihak” takrif yang berikut:
‘ “pihak berkuasa penyeliaan asing” ertinya suatu pihak berkuasa asing atau mana-mana orang lain yang menjalankan fungsi yang bersamaan dengan fungsi
Suruhanjaya di bawah undang-undang sekuriti;’;
dengan menggantikan takrif “Suruhanjaya” dengan takrif yang berikut:
‘ “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia 1993;’;
dalam takrif “Timbalan Pengerusi Eksekutif”, dengan menggantikan perkataan “perenggan 4(1)(aa)” dengan perkataan “perenggan 4(2)(b)”; dan
dengan memotong takrif “urusan atau transaksi pasaran modal Islam”.
s 4Pindaan seksyen 5
Seksyen 5 Akta ibu dipinda —
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “sekuriti dan derivatif” dengan perkataan “sekuriti, derivatif dan produk pasaran modal”;
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Walau apa pun takrif “sekuriti”, “derivatif”,
“sekuriti Islam” atau “derivatif Islam” di bawah Akta ini dan “kepentingan” sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 84(1) Akta Syarikat 1965, Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui perintah yang
Undang-Undang Malaysia 6
disiarkan dalam Warta, menetapkan apa-apa surat cara atau produk atau kelas surat cara atau produk sebagai—
sekuriti;
derivatif;
produk pasaran modal;
sekuriti Islam;
derivatif Islam; atau
produk pasaran modal Islam, bagi maksud undang-undang sekuriti.”; dan
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Dalam penetapan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2) berkenaan dengan sekuriti, derivatif, produk pasaran modal, sekuriti Islam, derivatif Islam, atau produk pasaran modal Islam,
Menteri boleh—
bagi maksud mengawal selia pengeluaran, penawaran untuk langganan atau pembelian, atau pembuatan suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, mana-mana sekuriti atau sekuriti
Islam, menentukan dalam penetapan mana-mana peruntukan Akta ini terpakai bagi sekuriti atau sekuriti Islam itu;
dalam hal derivatif atau derivatif Islam, menentukan dalam penetapan itu mana-mana peruntukan Akta ini untuk terpakai bagi derivatif atau derivatif Islam itu; dan
bagi maksud mengawal selia pengeluaran, penawaran untuk langganan atau pembelian, atau pembuatan suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, mana-mana produk pasaran modal
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
7
atau produk pasaran modal Islam, menentukan dalam penetapan itu mana-mana peruntukan Akta ini untuk terpakai bagi produk pasaran modal atau produk pasaran modal Islam itu.”.
s 5Pindaan seksyen 7
Seksyen 7 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Seseorang tidak boleh menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan, atau membantu menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan, atau mengemukakan dirinya sebagai mengadakan, mengendalikan atau menyenggarakan, suatu pasaran saham atau pasaran derivatif yang bukannya—
pasaran saham suatu bursa saham;
pasaran derivatif suatu bursa derivatif;
pasaran saham suatu syarikat pemegangan bursa yang ia sendiri diluluskan sebagai suatu bursa saham;
pasaran derivatif suatu syarikat pemegangan bursa yang ia sendiri diluluskan sebagai suatu bursa derivatif;
pasaran diiktiraf;
pasaran saham terkecuali; atau
pasaran derivatif terkecuali.”;
dengan memotong subseksyen (2); dan
dalam subseksyen (5), dengan memotong perkataan
“atau (2)”.
Undang-Undang Malaysia 8
s 6Penggantian seksyen 27
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 27 dengan seksyen yang berikut:
s 27“Penutupan bursa saham atau bursa derivatif
Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, mengarahkan suatu bursa untuk menutup sesuatu pasaran saham atau pasaran derivatif bursa.
Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1),
Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya—
mengarahkan bursa itu untuk menutup pasaran saham atau pasaran derivatif itu selama tempoh tidak melebihi lima hari berurus niaga; dan
melanjutkan penutupan pasaran saham atau pasaran derivatif di bawah perenggan (a) selama apa-apa tempoh selanjutnya yang setiap satunya tidak melebihi lima hari berurus niaga.
Menteri hendaklah menyatakan alasan bagi penutupan itu dalam arahan yang diberikan dan alasan bagi apa-apa pelanjutan penutupan di bawah subseksyen (2).
Suruhanjaya boleh membuat syor dalam subseksyen (1)
jika Suruhanjaya berpendapat bahawa suatu pasaran yang teratur dan adil bagi perdagangan sekuriti di suatu pasaran saham atau perdagangan derivatif di suatu pasaran derivatif, suatu bursa sedang atau berkemungkinan akan terhalang kerana—
darurat atau bencana alam telah berlaku di dalam
Malaysia; atau
wujud krisis ekonomi atau kewangan atau apa-apa hal keadaan lain di dalam atau di luar Malaysia.
Suruhanjaya hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberikan suatu salinan arahan atau pelanjutan di bawah subseksyen (2) kepada pusat penjelasan diluluskan dan mengarahkan pusat penjelasan diluluskan itu
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
9
untuk melakukan segala yang semunasabahnya dapat dilakukan untuk memberi kesan kepada arahan atau pelanjutan semasa arahan atau pelanjutan itu terus berkuat kuasa.
Dalam seksyen ini—
“hari berurus niaga” ertinya mana-mana hari yang terdapat perdagangan rasmi di bursa jika tidak kerana penutupan itu;
“pasaran adil” termasuklah tetapi tidak terhad kepada sesuatu pasaran yang mencerminkan daya penawaran dan permintaan.”.
s 7Pindaan seksyen 30
Seksyen 30 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (7)(b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) menyebabkan perintah penggantungan itu atau notis pelanjutan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, disiarkan sekurang-kurangnya dalam satu akhbar harian bahasa kebangsaan dan satu akhbar harian bahasa Inggeris.”.
s 8Pemotongan Subpenggal 3 Penggal 2 Bahagian II
Akta ibu dipinda dengan memotong Subpenggal 3 Penggal 2
Bahagian II