Seksyen 48
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015
Seksyen 48
Mana-mana pertubuhan perbadanan yang diluluskan oleh
Suruhanjaya di bawah Peraturan-Peraturan Pasaran Modal dan
Perkhidmatan (Penyelesaian Pertikaian) 2010 [P.U. (A) 437/2010]
sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah disifatkan sebagai suatu pertubuhan perbadanan yang diluluskan di bawah seksyen 379
sebagaimana yang dimasukkan oleh Akta ini.
(2)
Berkenaan dengan penerusan hak dan tanggungan lain—
(a)
tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh tanggungan mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi apa-apa kesalahan atau kemungkiran yang dilakukan di bawah Akta ibu sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding yang dibawa, hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil sebelum tarikh kuat kuasa berkenaan dengan kesalahan atau kemungkiran itu; dan
(b)
apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan yang diperoleh, terakru atau yang dilakukan sebelum tarikh kuat kuasa atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau tanggungan itu tidaklah terjejas oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
53