Seksyen 49
Kemudahan elektronik berdaftar disifatkan pasaran diiktiraf
of Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2015
Suatu kemudahan elektronik berdaftar di bawah subseksyen 34(1) Akta ibu sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah, dari tarikh itu, disifatkan sebagai pasaran diiktiraf di bawah
Akta ini.
(2)
Apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas kemudahan elektronik itu hendaklah disifatkan sebagai suatu syarat atau sekatan terhadap pendaftarannya di bawah subseksyen 34(1)
sebagaimana yang dimasukkan oleh Akta ini.
(3)
Melainkan jika diberitahu secara bertulis oleh Suruhanjaya, suatu permohonan bagi pendaftaran sebagai kemudahan elektronik yang belum selesai sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah disifatkan sebagai permohonan bagi pendaftaran sebagai pengendali pasaran diiktiraf.