Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 · Updated to 1 Jul 2024 · Bahagian VI
27. Kuasa membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan yang selaras dengan Akta ini bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berhubung dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
pembayaran ganjaran, elaun, faedah, pampasan dan apa-apa pemberian lain yang kena dibayar kepada anggota
RELA di bawah Akta ini;
perihal dan pengeluaran pakaian seragam dan keperluan yang akan dibekalkan kepada pegawai dan anggota RELA;
pemberian pangkat kehormat dan bersekutu kepada orang dan keadaan yang dalamnya orang itu boleh memakai pakaian seragam mengikut pangkat; dan
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dijangkakan oleh, atau adalah perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini.
Pasukan Sukarelawan Malaysia 17