PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 is Malaysia Act, cited as Act 752 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
MALAYSIA
VERSI DALAM TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 752
Sebagaimana pada 1 Julai 2024
Teks ini HANYALAH TEKS KEMAS KINI bagi Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012
oleh Jabatan Peguam Negara. Melainkan jika dan sehingga dicetak semula menurut kuasa
Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah subseksyen 14(1) Akta Penyemakan
Undang-Undang 1968 [Akta 1], teks ini BUKAN TEKS YANG SAH.
2
Tarikh Perkenan Diraja
… … …
22 Jun 2012
Tarikh penyiaran dalam Warta
… … …
25 Jun 2012
Kali terakhir dipinda melalui
P.U. (A) 165/2024 yang mula berkuat kuasa pada
… … …
1 Julai 2024
3
Akta 752
Opening note
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pasukan Sukarelawan
Malaysia 2012.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota RELA” ertinya seseorang anggota sukarelawan yang telah didaftarkan sebagai anggota RELA di bawah subseksyen 7(1);
6
Undang-Undang Malaysia
“kenderaan motor” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah RELA yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);
“khidmat masyarakat” ertinya apa-apa kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan bagi kebaikan orang awam pada amnya sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi RELA;
“Pasukan Sukarelawan Malaysia” atau “RELA” ertinya pasukan sukarelawan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
“pegawai RELA” ertinya mana-mana orang yang dilantik sebagai seorang pegawai RELA di bawah subseksyen 4(1) dan (2);
“warden lalu lintas” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
PASUKAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA)
Penubuhan Pasukan Sukarelawan Malaysia
Suatu Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditubuhkan yang hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan pegawai dan anggota
RELA.
Pasukan Sukarelawan Malaysia 7
Pelantikan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan pegawai lain
Menteri boleh melantik, daripada kalangan anggota perkhidmatan awam, apa-apa bilangan Timbalan Ketua Pengarah
RELA dan pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (2) dan anggota RELA yang didaftarkan di bawah Akta ini adalah tertakluk pada perintah, kawalan dan arahan Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh secara bertulis, tertakluk pada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, mewakilkan segala atau mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah
Akta ini kepada Timbalan Ketua Pengarah RELA atau kepada pegawai RELA.
Tugas RELA
Tiap-tiap pegawai dan anggota RELA hendaklah mempunyai tugas yang berikut:
membantu mana-mana pasukan atau pihak berkuasa keselamatan yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis apabila diminta oleh pasukan keselamatan atau pihak berkuasa itu;
memberikan bantuan kepada pihak berkuasa yang berkaitan dalam mengawal dan mengubah haluan kenderaan motor;
8
Undang-Undang Malaysia
membantu dalam melindungi bangunan, pepasangan atau harta lain yang dipunyai oleh Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri atau mana-mana badan berkanun lain atau apa-apa harta persendirian apabila diminta oleh pemunya bangunan, pepasangan atau harta itu; dan
menjalankan apa-apa perintah dan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah yang selaras dengan peruntukan Akta ini.
Tiap-tiap pegawai dan anggota
RELA hendaklah melaksanakan tugas dan menjalankan kuasa sebagaimana yang dikenakan oleh undang-undang dan hendaklah mematuhi segala arahan yang sah yang diterimanya dari semasa ke semasa daripada pegawai atasan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah.
Bagi maksud menjalankan tugas di bawah perenggan (1)(a), pegawai dan anggota RELA hendaklah berada di bawah perintah pegawai pasukan atau pihak berkuasa keselamatan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berada di tempat itu.
Kuasa untuk mengawal dan mengubah haluan kenderaan motor
Bagi maksud menjalankan tugas di bawah perenggan 5(1)(b), pegawai dan anggota RELA boleh mengubah haluan apa-apa kenderaan motor di atas jalan raya, jalan dan mana-mana tempat yang orang ramai mempunyai akses kepadanya.
Pada menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1), pegawai dan anggota RELA hendaklah berada di bawah perintah pegawai polis atau warden lalu lintas, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berada di tempat itu.
Pasukan Sukarelawan Malaysia 9
Pendaftaran sebagai anggota RELA
Seseorang orang yang berumur lapan belas tahun dan ke atas yang berupa seorang warganegara dan bukan seorang anggota
Angkatan Tentera atau mana-mana pasukan atau skim sukarelawan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan sebagai seorang anggota RELA.
Apabila permohonan itu dibuat, Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh mendaftarkan atau enggan untuk mendaftarkan orang itu sebagai seorang anggota RELA.
Seseorang hendaklah disifatkan sebagai telah didaftarkan sebagai seorang anggota RELA apabila disampaikan kepadanya suatu notis oleh Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah bahawa dia telah dipilih untuk didaftarkan.
Seseorang anggota RELA yang di bawah umur lapan belas tahun pada permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terhenti menjadi anggota RELA.
Perakuan pelantikan
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad keselamatan kepada tiap-tiap anggota
RELA.
Tempoh keanggotaan
Tempoh pendaftaran bagi tiap-tiap anggota RELA adalah lima tahun dari tarikh pendaftarannya dan Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh melanjutkan tempoh pendaftaran itu.
10
Undang-Undang Malaysia
Nama seorang anggota yang tempoh pendaftarannya tidak dilanjutkan hendaklah diletakkan dalam senarai simpan.
Latihan
Tiap-tiap anggota
RELA hendaklah menjalani latihan sebagaimana yang ditetapkan oleh
Ketua
Pengarah untuk menyesuaikannya bagi tugas-tugas yang dia mungkin dipanggil untuk melaksanakannya.
Cuti bagi latihan
Tiap-tiap majikan hendaklah, jika mana-mana orang dalam penggajiannya yang merupakan seorang anggota RELA dipanggil untuk menjalani latihan di bawah Akta ini, memberi orang itu apa-apa cuti selama tempoh latihan itu untuk membolehkan orang itu menjalani latihan.
, membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa pemindahan atau pemotongan tidak wajar daripada gaji, saraan lain atau cuti tahunan orang itu;
mengenakan atau menyebabkan dikenakan ke atas, atau menuntut daripada, orang itu apa-apa penalti; atau
mengubah terma dan syarat pekerjaan orang itu dengan memudaratkannya, semata-mata oleh sebab dia tidak hadir bekerja semasa tempoh latihan itu.
Pasukan Sukarelawan Malaysia 11
Seseorang majikan yang termasuk dalam takrif
Akta Kerja 1955 [Akta 265], Ordinan Buruh [Sabah Bab 67] atau
Ordinan Buruh [Sarawak Bab 76] boleh memotong gaji atau saraan lain orang yang mengikuti latihan di bawah subseksyen (1).
Seseorang majikan yang—
secara langsung atau tidak langsung enggan atau, dengan ugutan, pengaruh tidak wajar atau dalam apa-apa cara lain, mengganggu pemberian tempoh cuti yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) kepada mana-mana orang; atau
melanggar subseksyen (3), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit.
Mahkamah yang seorang majikan disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (5) bagi pelanggaran subseksyen (3)
boleh memerintahkan majikan itu supaya membayar kepada orang yang disebut dalam subseksyen (3) gaji dan saraan lain yang orang itu berhak kepadanya semasa tempoh latihan itu.
Larangan membuang pekerja atas alasan latihan
Tiap-tiap majikan yang membuang kerja seseorang yang merupakan seorang anggota RELA atas alasan utama orang itu dipanggil untuk menjalani latihan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit.
Peletakan jawatan sebagai anggota
Seseorang anggota RELA boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan anggota dengan memberikan notis yang bermaksud sedemikian kepada pegawai atau anggota RELA yang mempunyai kuasa ke atasnya.
12
Undang-Undang Malaysia
Pegawai atau anggota RELA itu, apabila menerima notis di bawah subseksyen (1), hendaklah menyampaikan suatu notis kepada anggota yang meletak jawatan itu memaklumkannya bahawa dia telah dilepaskan daripada menganggotai RELA dan sesudah itu orang itu hendaklah terhenti menjadi anggota RELA.
Seseorang yang terhenti menjadi anggota RELA di bawah subseksyen (2) hendaklah, dalam tempoh empat belas hari selepas dia terhenti menjadi anggota, menyerahkan perakuan pelantikan yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini.
Penamatan keanggotaan
Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh menamatkan keanggotaan seorang anggota RELA.
Elaun
Seseorang anggota RELA yang bertugas hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan.
Kesalahan memiliki perakuan pelantikan
Seseorang, yang bukan seorang anggota RELA, tidak boleh mempunyai dalam milikannya suatu perakuan pelantikan yang dikeluarkan kepada mana-mana orang di bawah Akta ini.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pasukan Sukarelawan Malaysia 13
Kesalahan menggalang
Mana-mana orang yang menggalang, memujuk atau menghalang atau cuba untuk menggalang, memujuk atau menghalang atau membantu dalam menggalang, memujuk atau menghalang mana-mana orang daripada mendaftarkan diri dalam RELA atau daripada melaksanakan tugasnya atau menjalankan kuasanya sebagai seorang anggota RELA, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Penyamaran
Mana-mana orang yang bukan menjadi seorang pegawai atau anggota RELA yang—
berpura-pura menjadi seorang pegawai atau anggota
RELA dengan menyedari bahawa dia bukan sedemikian;
atas sifat yang dibuat-buat itu melakukan atau cuba untuk melakukan apa-apa perbuatan atas alasan menjadi seorang pegawai atau anggota RELA, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
14
Undang-Undang Malaysia
Pakaian seragam dan kelengkapan
Tiap-tiap pegawai RELA hendaklah dibekalkan dengan apa-apa pakaian seragam dan kelengkapan dan hendaklah memakai apa-apa lencana pangkat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah.
Tiap-tiap anggota RELA yang layak mendapat pakaian seragam dan kelengkapan hendaklah dibekalkan dengan apa-apa pakaian seragam dan kelengkapan dan memakai apa-apa lencana pangkat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
hendaklah menyimpan dalam milikannya dan menyelenggarakan pakaian seragam dan kelengkapan itu dalam keadaan baik.
Pakaian seragam dan kelengkapan hendaklah dikembalikan apabila berhenti menjadi anggota
Apabila seorang pegawai atau anggota RELA berhenti daripada RELA dia hendaklah, dalam tempoh empat belas hari, mengembalikan kepada orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu pakaian seragam dan kelengkapan yang dibekalkan kepadanya.
Seseorang pegawai atau anggota RELA yang, setelah berhenti menjadi anggota RELA, tanpa sebab yang munasabah tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan, sebagai tambahan, boleh dikehendaki membayar nilai harta yang tidak dikembalikan, dan nilai itu akan ditentukan oleh
Pasukan Sukarelawan Malaysia 15
mahkamah secara penghakiman terus dan boleh didapatkan kembali sebagai suatu denda.
Kawasan RELA
Ketua Pengarah boleh, dari semasa ke semasa, menentukan kawasan RELA bagi maksud kawalan secara pentadbiran oleh mana-mana pegawai dan anggota RELA sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Pangkat RELA
Pangkat RELA adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual.
Pangkat kehormat dan bersekutu
Menteri boleh menganugerahkan pangkat kehormat atau bersekutu dalam RELA kepada mana-mana orang sebagaimana yang difikirkannya sesuai.
Arahan Tetap Ketua Pengarah
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan arahan secara pentadbiran, yang dipanggil “Arahan Tetap” yang selaras dengan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini tentang kawalan, tugas dan latihan am pegawai dan anggota RELA.
Pekhidmat awam
Ketua Pengarah, Timbalan-timbalan Ketua Pengarah, pegawai dan tiap-tiap anggota RELA, semasa menunaikan tugas sebagai
16
Undang-Undang Malaysia pegawai atau anggota RELA itu hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Ketua Pengarah, Timbalan-timbalan Ketua
Pengarah atau mana-mana pegawai atau anggota RELA berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau benda, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati, atas sifat demikian.
Kuasa membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang selaras dengan Akta ini bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berhubung dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
pembayaran ganjaran, elaun, faedah, pampasan dan apa-apa pemberian lain yang kena dibayar kepada anggota
RELA di bawah Akta ini;
perihal dan pengeluaran pakaian seragam dan keperluan yang akan dibekalkan kepada pegawai dan anggota RELA;
pemberian pangkat kehormat dan bersekutu kepada orang dan keadaan yang dalamnya orang itu boleh memakai pakaian seragam mengikut pangkat; dan
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dijangkakan oleh, atau adalah perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini.
Pasukan Sukarelawan Malaysia 17
Peruntukan kecualian
Orang yang dilantik di bawah Peraturan-Peraturan Perlu
(Ikatan Relawan Rakyat) 1966 [P.U. 33/66] hendaklah terus menjadi pegawai di bawah undang-undang ini seolah-olah orang itu telah dilantik di bawah subseksyen 4(1) dan (2) Akta ini.
Tertakluk pada subseksyen 7(4), orang yang didaftarkan sebagai anggota Ikatan Relawan Rakyat di bawah
Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966 hendaklah terus menjadi anggota di bawah Akta ini seolah-olah orang itu didaftarkan di bawah subseksyen 7(2) Akta ini.
JADUAL
[Seksyen 22]
PANGKAT RELA
1.
PEGAWAI RELA
Ketua Pesuruhjaya RELA (KPjR)
Timbalan Ketua Pesuruhjaya RELA (TKPjR)
Pesuruhjaya Kanan RELA (PjKR)
Pesuruhjaya RELA (PjR)
Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA (PPjKR)
Penolong Pesuruhjaya RELA (PPjR)
Penguasa Kanan RELA (PgKR)
Penguasa RELA (PgR)
Penolong Penguasa Kanan RELA (PPgKR)
Penolong Penguasa RELA (PPgR)
18
Undang-Undang Malaysia
2.
ANGGOTA RELA
Pegawai Sukarelawan RELA I (PSR I)
Pegawai Sukarelawan RELA II (PSR II)
Penolong Pegawai Sukarelawan RELA (PPSR)
Pegawai Waran RELA I (PWR I)
Pegawai Waran RELA II (PWR II)
Staf Sarjan RELA (SSjn. R)
Sarjan RELA (Sjn. R)
Koperal RELA (Kpl. R)
Lans Koperal RELA (LKpl. R)
19
Akta 752
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
P.U. (A) 291/2013
Perintah Pasukan Sukarelawan Malaysia
(Pindaan Jadual) 2013
22-09-2013
P.U. (A) 165/2024
Perintah Pasukan Sukarelawan Malaysia
(Pindaan Jadual) 2024
01-07-2024
20
Akta 752
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Jadual
P.U. (A) 291/2013 22-09-2013
Jadual
P.U. (A) 165/2024 01-07-2024
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.