Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 · Updated to 1 Jul 2024 · Bahagian VI
19. Pakaian seragam dan kelengkapan
Feedback & support(1)
Tiap-tiap pegawai RELA hendaklah dibekalkan dengan apa-apa pakaian seragam dan kelengkapan dan hendaklah memakai apa-apa lencana pangkat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah.
(2)
Tiap-tiap anggota RELA yang layak mendapat pakaian seragam dan kelengkapan hendaklah dibekalkan dengan apa-apa pakaian seragam dan kelengkapan dan memakai apa-apa lencana pangkat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Pegawai dan anggota RELA yang disebut dalam subseksyen (1)
dan
(2)
hendaklah menyimpan dalam milikannya dan menyelenggarakan pakaian seragam dan kelengkapan itu dalam keadaan baik.